subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar
"A'uu dzubillaa himinasy syaithaa
nirrajiim...Bismillaahirrahmaanirrahiim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang
Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar
umpama cacing
kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian
bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allah hush
shamad. Lamyalid walam yuu-lad. walam yakul lahuu kufuwan ahad.)
sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah
salam karena malaikat rumah akan menjawab. Dirikanlah sholat karena
salam pertama (itu wajib) yang diucapkan pada akhir sholat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang sholat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi
bagi mereka yang kerap sholat, amalan daripada salam yang diucap di
akhir sholat akan menolongnya
menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi
Wasallam:
"Barang siapa membaca Qul huwallahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari
pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahawa si fulan itu telah
menjadi pemerdekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi
Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang
dinamakan membaca Qulhuwallahu ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan
diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
Sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia
meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan
selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya
dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke
syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah Shallallahu
'Alaihi Wasallam pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya.
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga
minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina
Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an
dalam begitu cepat. Kemudiannya Sayyidina Ali mengangkat
tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa
Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama
dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran karena itu sama dengan
membaca 30 juz Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam
telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam) israk ke langit,
maka saya telah melihat 'Arasy
di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi
ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat
padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu
seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu
terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan
kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas
baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di
sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahuu kufuwan ahad tertulis pada sayap
malaikat Israfil a.s. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq,
and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya
terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang
berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nas pagi dan petang
nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Catatan:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah
ilmu ini kepada kawan-kawan yang lain. Sebagaimana sabda Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi Wasallam 'Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara
yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar